Thursday, March 17, 2011

band pilihan !

the padangs

 band pilihan                                                        
farewellbob



Sejarah bermula pada 12/12/2009 dimana dulu Pesod(first guitar) , Mizi(second guitar) , Ayad(drummer) sering kali jamming bersama, sekadar melepaskan gian bermain lagu-lagu kesukaan kami . Ketika itu pesod sebelum digelar “mentor” membantu kami bagi sebuah entity yang masih belum bernama .
Pada mulanya kami hanya bertiga iaitu Pesod, Mizi, dan Ayat . Pada mase itu kami bagaikan budak baru belajar . Kami bermula jamming dengan memainkan lagu dari Coldplay dan Muse . Tanpa menghiraukan rasa penat untuk manjadi ahli muzikal, kami giat jamming di “Lemon Studio” yang terletak kira-kira 9km dari rumah kami .
Mizi yang dulunya tidak tahu apa-apa dan kaku untuk bermain alat muzik tetapi amat minat apabila melihat rakannya, Pesod bermain gitar . Ada satu masa , kerana cemburu apabila Pesod pandai bermain gitar, Mizi telah membeli satu gitar akustik dan belajar sendiri dan dibantu oleh pesod sehingga lah melangkah ke bilik jamming atau studio . Pesod telah memberi banyak ilmu tentang kegunaan gitar kepada mizi . Mizi juga amat minat akan Matt Bellamy iaitu guitar/vocal Muse . Selain Mizi, Ayad iaitu drummer kami, berminat untuk bermain drum kerana minatnya yang timbul dalam dirinya sendiri . boleh dikatakan semua pakcik dia ialah “musician” . Dengan minatnya itu dia pun berkata “jom pergi jamm, aku nak try lah main drum, aku pun nak rasa macam mana duduk kat drum ni” . Maka, kami pun bersetuju . setiap kali turun Ayad sering mencuba skill yang ada dalam dirinya itu apabila dia melihat drummer-drummer yang terkenal seperti Lars Ulrich, Mike Portnoy, Ben Powell,
Namun, selepas itu segalanya seolah-olah tidak menjadi . Mase itu kami seperti ditelan oleh masa dan keadaan . Pesod iaitu mentor kami sekarang telah menghilangkan diri sebentar kerana dia hendak menduduki SPM (sijil pelajaran Malaysia) . Sama-sama lah kita mendoakan kejayaan pesod ini . Lantas, mizi terus bertukar dari second guitar ke first guitar . Apabila Mizi beralih posisi maka kami kehilangan second guitar. Setelah berbulan kami tidak turun ke “Lemon Studio” angkara ketiadaan second guitar, dan akhirnya kami telah menemui seorang guitarist yang minat juga dalam mencuba menjadi sebuah kumpulan muzikal lalu kami memanggilnye ke band kami dan ‘Alhamdulillah’ kini telah menemui ahli baru yang ingin bermain sebagai second guitar kami iaitu Afiq .
Semenjak Afiq menyertai kami, kami boleh turun untuk jamming hanya pada waktu Afiq balik daripada asrama . Mula-mula rasa fed-up pun ada , tetapi dengan semangat setiakawan yang tinggi, kami terpaksa menunggu dia masa untuk jamming bersama . Afiq pula sangat minat akan band-band seperti Grey Sky Morning, Bunkface, senang cerita band-band tempatan tetapi ada juga band luar Negara. Pada masa yang sama juga, kami ketiadaan bass dan vocalist . Semenjak itu kami bertekad untuk mencari bassist dan kami telah menemuinya iaitu Harith. Harith juga ialah salah seorang daripada kawan kami juga, dan bila ditanya dia minat bermain guitar di posisi bass. Kami pun menarik dia untuk menyertai kami. Kami tidak menyangka bahawa Harith ini boleh bermain bass tetapi apabila kami memainkan lagu dari Muse, dia menjadi bass dengan baik sekali. Billy Shehan juga salah seorang pemain bass yang professional yang diminati oleh Harith.
Selapas beberapa bulan kemudian, kami bercadang untuk mencari vocal untuk band kami. Akhirnya kami telah jumpa vocal band kami iaitu Fuad. Fuad ini agak “pelik” orangnya. Fuad ini 2 dalam 1 kerana dalam masa yang sama Fuad boleh “scream”. Anda tahu kan ape itu “scream” ? Scream seperti lagu Bring Me The Horizon, The Devils Wears Prada dan band-band sewaktu dengannya. Dia pun telah menyertai kami. Dan lengkaplah band kami ini. Farewell BOB J Buat masa sekarang, kami hanya memainkan lagu yang bergenre Pop/Rocks. Kami harap, anda memberikan sokongan kepada kami .
Press Contact

No comments:

Post a Comment

Followers